Tuesday, January 17

LATIHAN INDUSTRI

Assalamualaikum.

Sejak mula praktikal aku da jarang nk online. hehe... bukan apa penat bila da blik. Aku memulakan praktikal di PRE****E PLA****M di ........ tak boleh la nk dinyatakan kerana aku da pon kluar dri syarikat tersebut. Tak sanggup rasanya nak bersubahat dgn syarikat tersebut untuk menipu orang ramai. KENAPA aku kata syarikat tu menipu..??? hurmm... takut sebenarnya nk jelaskan tp aku lebih takut klu lebih ramai orang yang akan tertipu. Banyak kali aku terfikir wajar kah aku memberitahu cerita ini di laman sebegini. Hope sedikit sebanyak aku dapat membantu dan berharap orang yg membacanya faham apa yang cuba aku sampaikan. Hari pertama aku dibekalkan dengan senarai NAMA pelanggan bersama NOMBOR IC,  ALAMAT dan NO FON  mereka. Aku perlu mmbuat panggilan berdasarkan list tersebut. List tersebut merupakan nama pelanggan yang ACTIVE menggunakan kad kredit VISA dan MASTER. Selain itu aku turut dibekalkan dengan teks ucapan atau teks perbualan. aku perlu bercakap dengan pelanggan berdasarkan teks tersebut. Secara rumusnya aku perlu menjual satu kad servis tanpa sebarang caj tahunan atau bulanan ttp mmpunyai processing fee RM***.** ... Sebenarnya pelanggan tersebut perlu renew kad yang dikatakan untuk seumur hidup itu dengan harga yang sama iaitu RM***.** untuk stiap tahun... Bagaimana pelanggan tersebut boleh di caj? Aku hanya perlu mendapatkan MEMBERSHIP number 16 digit kad kredit mereka bersama CVC number iaitu 3 number di belakang kad. CVC number merupakan number yang terpenting dan setiap pemegang kad kredit tidak seharusnya mendedahkan number tersebut. Cara nya? Tak perlu aku nyatakan kerana aku turut memikirkan effect yang akan terjadi pada aku sekiranya aku bercerita secara terperinci... Syarikat ini sering bersaing untuk merebut pelanggan. Itu sahaja penipuan yang berlaku. Aku turut mendapt pandangan dari salah seorang abang angkat ku. Beliau menyatakan bahawa setiap perniagaan yang halal perlu jelas dengan akad nya. Dalam kes aku akad tidak dinyatakan secara jelas jadi hukumnya HARAM... Bagaimana aku perlu dan sanggup untuk meneruskan praktikal di syarikat tersebut? Aku tak sanggup walau seminit untuk terus berada di dalam syarikat tersebut. Aku mengambil tempoh seminggu untuk memahami pekerjaan yang sedang aku lakukan setelah seorang customer aku memaki aku dan menyatakan aku seorang penipu. Dari situ aku cuba mengorek rahsia syarikat tersebut. Pelbagai cara dan ungkapan manis yang mereka lakukan untuk menarik pelanggan agar tertarik dengan servis yang di sediakan. Aku turut mendapat maklumat terdapat sebuah syarikat yang turut menjalankan operasi yang sama tetapi servis yang disediakan tidak wujud langsung.
Aku meletakkan diriku aku pada kedua-dua keadaan. Pekerja dan pelanggan. Orang seperti aku yang mula bekerja akan merasa tertekan tetapi jika lebih lama di syarikat tersebut dan mendapat ramai pelanggan aku akan lupa diri kerana pendapatan amat lumayan. Oleh kerana itu aku tidak menunggu lama untuk bertindak. Aku tidak mahu terus terpesong hanya kerana duit. Orang yang masih bekerja di situ? Biarlah mereka. Itu periuk nasi mereka dan mereka bukan lah anak2 kecil yang perlu di perintah. 
Jika aku di tempat pelanggan. Ya aku akan marah sebab aku perlu berhutang dengan bank hanya kerana servis yang mungkin tidak akan aku gunakan. Tambahan pula jika aku memegang kad kredit hanya untuk tujuan emergency kes. Kalau aku sememangnya kaya tidak mengapalah... Tidak kah mereka merasa kasihan pada aku yang sanggup berhutang untuk kegunaan lain tapi ada yang mengambil kesempatan... hurmm... aku sgt kasihan pada orang yang susah... yang memegang kad kredit atas tujuan dalam keadaan kesusahan seperti membeli brg dapur atau anak nak sekolah sementara gaji belum keluar. Atau pun kemalangan yang memerlukan belanja yang besar. Tiba-tiba ditipu pula untuk menanggung beban hutang yang mengarut. MENGARUT sebab da tentu family tersebut tak pergi bercuti ke LUAR Negara.
Nekad!!! Aku kembali ke poli berurusan dengan pihak sana untuk menukar tempat latihan industri. Pada mulanya ia kelihatan sukar tetapi Alhamdulillah, pegawai unit latihan industri membantu aku bersama kawanku untuk berpindah tetapi aku yang perlu mnyatakan atas alasan apa aku ingin berpindah kepada syarikat tersebut.
Sekembali nya aku ke Kuala Lumpur, aku tidak membuang masa. Terus aku menyerahkan surat tersebut pada HR syrikat minta sign pada waktu tu juga. HEHEHE.... selepas beliau sign aku terus mengangkat kaki pergi berlalu ke tempat LI baru. Kini aku praktikal di Besraya Highway. % hari da aku di sana. Alhamdulillah, aku amat menyukai dan menyenanginya. Syukur pada-MU Ya Rabb... Pengalaman yang telah KAU aturkan pada diriku amat bermakna. Walaupun jauh tp aku sanggup kerana aku gembira dengan apa yang aku lakukan. Semoga aku berada di dalam lindungan-NYA selalu. Amin...

PENGAJARAN 
  • Kepada pemegang kad kredit di luar sana berhati-hati la jika menerima sebarang panggilan. 
  • Pastikan mereka benar-benar dari pihak centre.
  • Hubungi pihak bank untuk kepastian.
  • Jangan sembarangan memberikan maklumat diri kepada orang luar.
  • Sekiranya baru menyedari tentang perihal ini, tutup lah account kad kredit tersebut agar tidak digunakan oleh orang luar sewenang-wenangnya.
  • Buat la laporan pada yang berkenaan.
  • Nombor 16 digit atas kad kredit bersama CVC number di belakang kad 3 digit terakhir amat penting!!! Simpan la sebaik mungkin agar tidak jatuh atas tangan orang yang salah.
Sekian...

Monday, December 12

KeNaNgaN

Assalamualaikum...
  Hari ini genap seminggu aku meninggalkan Kulim bg meneruskan perjalanan hidup ku di KL selama 6 bulan. Tanpa aku sedari aku telah pun berjaya menempuh kehidupan yang mencabar di Kulim. Dua tiga hari ini fikiran aku melayang terbang ke Kulim mengimbau saat dan detik yang telah aku lalui dahulu. Kelakar, gembira, sedih, pedih, terhina... dan macam-macam lagi perasaan yang aku tempuh. Kenangan itu memberi aku banyak kesan. Aku kehilangan orang yang aku sayang, aku terpaksa meninggalkan orang yang aku sayang untuk sementara waktu dan ada yang untuk selamanya... 


  Rasa rindu pada keluarga angkat perlahan-lahan menerjah dalam diri ini. Teringat pada telatah adik-adikku di sana. Semoga mereka berada dalam lindungan-NYA selalu. Insyallah, panjang umur aku akan kembali lagi ke rumah orang tuaku di sana yang banyak membantu aku. Aku bersyukur kerana mereka sudi menerima kehadiran aku sebagai seorang anak. Hubungan itu pada mulanya hanya sebagai kasih seorang kakak kepada adik bertukar menjadi sayang seorang mak kepada anak. Bertuahnya aku. ^_^


  Dia meminta aku untuk tidak menghubunginya lagi atas alasan aku telah kembali ke pangkuan keluarga aku. Meminta aku mencari penggantinya. Begitu mudah berbicara sehingga langsung tidak memikirkan perasaan dan hati yang terasa. Pertemuan itu adalah di atas kehendak-NYA dan aku percaya perpisahan itu juga  tentu ada hikmahnya tapi KENAPA? kenapa perlu berakhir dengan cara begini??? tersentap jiwa ini. Ya Allah ikhlas kan hati ini seikhlas yang mungkin untuk menerima ketentuan dari-MU... ~KEHILANGAN~


  Aku telah mengambil satu tindakan bodoh. Tak guna untuk aku menyesali perbuatan itu. Terlajak perahu boleh di undur terlajak tingkah aku terpaksa menanggung rasa sakit itu sekarang. Mengapa semua ini perlu melibatkan hati dan perasaan? Kenapa Nazirah kau bertindak sedemikian sedangkan kau tahu permintaannya itu hanya bersifat sementara? Apa sebenarnya keinginan mu? Siapa aku sebenarnya pada kau? Begitu mudah bermain dengan perasaan dan hati. Semoga kau diberi petunjuk oleh-NYA... Ya Allah,  beri  kan aku petumjuk -MU... ~MENYESALI~


  Seorang sahabat yang amat disayangi. Terima kasih kerana kau sudi berada di sisi aku insan yang kerdil ini. Masih jelas di ingatan ini saat kau hadir memberikan sinaran. Di kala itu semua teman pergi meninggalkan aku tetapi kau berdua hadir memberikan aku cahaya itu. Setitis air matamu buat aku amat aku hargai. Masih terasa hangatnya pelukanmu menguatkan aku untuk meneruskan kehidupan ini. Kata-katamu masih jelas kedengaran di  telinga aku. Maafkan aku kerana terlalu banyak menyusahkan kau.  Insyallah kau lah teman dunia akhirat. Semoga kau sentiasa di dalam lindungan-NYA selalu dan semoga hubungan ini diberkati oleh-NYA.  Terima kasih Ya Allah... ~PENGHARGAAN~


  Berkisar perihal kehidupan di poli itu biar lah ia menjadi kenangan di dalam hati dan jiwa ini. Akan aku semat jauh di sudut hati untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman yang paling berharga dalam hidupku. Aku hanyalah seorang insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan. Mungkin aku yang bersalah. Maaf kan aku. Izinkanlah aku memulakannya dari bawah. Aku hanya cuba menjadi diri sendiri. Tetapi mengapa aku diperlakukan begitu? Sebahagian dari diriku telah pun hilang lenyap begitu sahaja. Salahkah tindakan aku selama ini?


  Ya Tuhan, begitu berat ujian yang Engkau berikan. Sehingga aku rasa tak terdaya untuk menempuh hari yang mendatang. Aku percaya dan pegang pada kalimah ini. "Tuhan tahu kemampuan setiap umatNYA. Oleh itu DIA memberikan ujian keatas seseorang umatNYA untuk menunjukkan kasihNYA. Allah akan memberikan ganjaran dan hikmah kepada umatNYA yang berjaya menempuhi ujianNYA dengan sabar. Ya, dengan cara ini setiap hambanya akan lebih dekat kepadaNYA. Mudah mengingati dan menyebut namaNYA." 


  Namun manusia sememangnya begitu. Mudah lupa, alpa dan lalai. mudah termakan hasutan syaitan. suka bertindak melulu mengikut perasaan tanpa menggunakan kewarasan akal. Iman di dada tidak digunakan sepenuhnya. Suka menyesali tp tak mengambil sebarang iktibar. Semoga aku di bawah lindungan-NYA selalu. Amin... TERIMA KASIH.

Monday, November 14

Malam yg memenatkn

Assalamualaikum,
Tepat jam 11.15am td aku menduduki paper pertama bg final exam sem 3 sesi Jun 11. Berbekalkan sedikit ilmu yg dbce last minute mlm td bleyh laa... hahha... apa la yg nk jd dgn aku ni... xpe laa... benda da lpas so abaikan jee...


semalam aku bertolak tnggalkan penang 25 minit selepas azan Maghrib berkumandang. Dan aku tiba di Bank Muamalat Kulim kedengaran suara azan Isyak. Hujan trun lebat spanjang aku berada di highway. start dr jambatan Penang. Nk berhenti berteduh aku malas sbb aku tkot penat memandangkn sok pg ade exam. Niat nk pulang ke rumah sewa terbantut then aku trus kn perjlnn ke umah Angah. Decide tdo umah angah sok pg bru blik umah. Memang tepat jangkaan aku, ade ssuatu dsebalik kejadian aku jd xtntu arah. Aku msih blum menemui jwapan atas apa yg berlaku ke atas diriku tp yg aku tau aku ckup terseksa drumah angah smlm. Muntah2... takat muntah biasa apa la sgt tp smlm aku punya ank tekak dgn isi perut ase nk terkluar skali. Ya Allah, aku da fkir maut bkal jemput aku smlm. Slpas dberikan air oleh angah baru la ok sikit tp msih terasa di anak tekak ni mcm ade segumpal nasi yg msih blom kluar. Hurmm... Penat sgt... Aku blom scan ag tp mnurut angah mungkin ada yg bg aku mkn. Dugaan apa pula kali ini Ya Allah... Bila smua ni akn berakhir? lpas satu perg, dtg pula yg baru. Aku msih trus dberi ujian. Jam menunjukkan 12.30 mlm. aku study smpai kul 1am then aku tido n xsedar da......... yg aku sedar jam da kul 6.45am... Kul 9.15am aku blik umah sewa, siap, jmput member aku then ke Poli jwb final......