Sunday, November 13

SURAT RINGKAS dari HAWA untuk ADAM

Assalamualaikum,
aku tertarik dgn apa yg tertulis dlm surat rngkas ini so aku decide tuk post kn nyer di blog aku... tp aku lupa dr mana aku dpt sumber ni... so pada sesiapa yang baca dan tahu dr mane mne dtgnya surat ni atau mungkin tuannya sendiri ade bace... saya mohon seribu kemafaan krn mengambilnya tanpa keizinan... cme stu niat dihati, sya nk kaum Adam dan Hawa yg lain trut membaca surat ini... sye xberniat utk copy paste. pada awalnya saya tulis dlm diari tp terdetik nk kongsiknnya di sini. cme ksalahan sye ktika tu xtulis dr sumber mana. Maaf kan saya... semoga perkongsian ni dpt mnmbahkn lg ilmu dan dpt beri pngajran kepada kita sama ada pada Hawa atau pun Adam.


Bismillahirrahmanirrahim.
  Adam,
Sebagaimana di dalam al-Quran telah mmenyatakan yg engkau di beri kuasa terhadap wanita, Kau diberi amanah mendidikku, kau diberi tanggungjawab utk menjagaku, memperhatikan dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi duhai Adam, lihatlah kaummu kini sedikit sekali yang menghormati kami.
 Adam,
Kau selalu mengatakan, Hawa degil! Tidak mahu mendengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah teladanmu? Siapakah rujukanmu dalam mendidik aku yang lemah ini? Adakah teladanmu Nabi Muhammad S.A.W? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan teladan buat kami kaum Hawa?
 Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kaulah Amir. Jika kau benar maka benar lah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Lupakah kau wahai Adam? Kau punya 9 Akal dan 1 Nafsu sedangkan aku? Akal ku satu nafsuku beribu!!!
 Dari itu Wahai Adam,
Gunakanlah ketinggian akalmu utk membimbingku. Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkan lah kalimah syahdu dari Allah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tatap menjadi Mujahidah kekasih Allah Subhanahu Wata'ala...

No comments:

Post a Comment