Saturday, July 2

Askar Wataniah

As Salam...
 ni adalah aktiviti luar yg pertama sye spanjang join askar wataniah sem ni...bertempat di Sg. Sedim, Kulim Kedah...Perasaan ktika itu...
seronok + pengalaman baru di tempat baru + kawan baru + sedih coz tali adik bg ada orang bg putus + penat + gembira....^_^
jom tgk gambar....

sekian...

kekecewaan dalam bersahabat

As-salam...
 hari ini hati aku begitu terusik dengan apa yang berlaku sehingga aku menjadi lemah dan teramat lemah. Aku terpaksa menarik diri dalam satu program yang sedang aku jalani. aku sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa ianya terjadi. sudah begitu suratan yang tertulis membuatkan aku pasrah dan redha atas segala ketentuan-NYA. aku sendiri takut untuk mengambil keputusan ini kerana aku pernah tersalah tingkah membuatkan aku begitu berhati2 kali ini.
Ya, baru sekarang aku sedar apa itu erti SAHABAT. mungkin benar apa yang ibu aku sering katakan. aku ditakdirkan untuk hidup sendirian dan hanya bersahabat dengan kedua orang tuaku. apa punca aku berkata demikian?
 Puncanya ialah apabila seorang kawan yang aku sayangi menolak aku ketepi. puas aku memikirkan apa salah aku. aku mengimbau kembali dari saat hari pertama aku jumpa dia untuk yang terakhir kali sebelum dia menarik muka. puas aku fikirkan nya. puas aku mencari di mana salahku.aku perasan akan perubahan itu namun tak aku endahkan kerana xingin berprasangka buruk. bagaimana tingginya suara yang lembut itu. bagaimana perubahan nada suaranya. bagaimana herdikannya tatkala dia bersama yang lain. tersentap jiwa ini. dimana peribadinya saat mula aku mengenalinya? hilang begitu sahaja tanpa aku tahu puncanya. malam itu jelas terbukti bahawa aku bukanlah sahabatnya, aku bukanlah temannya. aku tak ubah seperti boneka. ya, itulah aku semenjak aku kecil lagi. sering dibuli, sering dipermainkan. mujur ada ibu yang setia di sisi aku yang xpernah mengalah dalam menasihati aku.
begitu susah untuk dapat kn seseorang sebagai sahabat sejati.
Anugerah paling istimewa
apabila kita memiliki sahabat
satu jiwa yang boleh dipercayai sepenuhnya
yang tahu buruk dan baiknya kita
dan
mencintai kita lebih dari segala keburukan kita
ramainya yang aku kenali tak bisa menerima aku. ramainya antara mereka ialah menerima aku, mengambil kesempatan dan terus membuang aku. apa aku tak punya perasaan? seteruk apakah aku? sehina manakah diriku? aku dapat melihat keikhlasan, ketulusan hatinya dalam berkawan dimatanya. sinar matanya menggambarkan segala2nya. mata itu berkata aku ingin bersamamu sahabat. mata itu berkata jd lah temanku hingga ke akhir hayat kita. mata itu berkata aku xingin berpisah darimu wahai teman. mata itu berkata terimalah aku seadanya. mata itu berkata mari kita bersama2 meneruskan perjuangan ini. mata itu berkata engkau adalah sahabatku wahai temanku. disaat itu mata itu menatap mata  yang lain tapi sayangnya mata yang lain itu bukan milikku. kecewanya aku. tersentap hati ini bila melihat keadaan itu. tidak dihiraukan aku ketika itu. aku tak ubah seperti hiasan di dinding yang sering memerhatikan gelagat manusia dihadapannya. gembiranya aku bila memikirkan, bila membayangkan aku adalah orang seterusnya mnjadi tatapan mata itu yang penuh dengan keikhlasan. namun, apa yang aku bayangkan hanya tinggal bayang2 berterbangan. dia terus menoleh tanpa mempedulikan hiasan di dinding tepinya. sudah acap kali aku terasa dengan perbuatannya tp tidak aku hiraukan kerana aku menyayanginya. aku teruskan jua persahabatan yang tidak bermakna ini. 
buat teman yang lain. tidak mengapa, aku masih menyayangi kalian.
tidak aku kecewa kerana dipinggirkan.
tidak aku bersedih kerana di sakiti.
biarkan aku menangis di ketika ini kerana aku tidak rela untuk mengemis dari kalian. aku tak ingin menjadi seperti pepatah kita, hidung xmancung pipi tersorong2. yang aku harapkan hanyalah teman sejati yang ikhlas. dan aku akan terus berharap agar aku temui jua sahabat sejati yang betul2 ikhlas menerimaku, menerima kelemahanku, menerima kekuranganku, dan bersabar melayani karenah dan telatahku.
Ya Allah, kuatkan semangat aku. kembalikan diriku yang sebenar. yang dulunya tak pernah kenal erti putus asa. yang dulunya sentiasa bersemangat mengejar apa yang dihajati. sering aku jatuh namun Engkau tak jemu mengingatkanku. Satu persatu Kau dedahkan padaku. Terima kasih Ya Rabb. Aku yakin dengan kemanisan yang bakal tiba untukku kerana itulah janji-Mu buat setiap umat dalam ujian-Mu.

SAHABAT

As-salam,
 mesej ni saya dapat dri seorang teman. saya ingin berkongsi dengan kalian. fahami dan hayati lah apa yang cuba disampaikan melalui mesej ini. 
Tuhan aturkan kita 1 pertemuan
dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati
AKU dan KAU
dalam 2 hati tuhan berikan 3 rasa
KASIH, SAYANG dan CINTA
dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN dan BERSAMA
dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan
TEMAN BAIK SELALU DI SISI
dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI dan MENGINGATI
dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf
S A H A B A T 

3D2N


As-Salam,
 Terasa begitu lama aq meninggalkan dunia blog aq ni. Oleh kerana kesibukan aq bekerja dan kepenatan setelah pulang dri kerja membantutkan semangat aq utk menatap screen laptop. Lagipon aq ketandusan idea. Jom kita ke cerita 3D2N.

   Actually event ni da lama berlalu. Aq kembali ke Kulim bersama adeq aq Nor Ifa Azirah. Tujuan sebenar aq ke sana kerana ada temu janji dgn doktor pakar Hosp kulim. Da alang2 blik aq teringin nk bercuti dengan adeq aq. Pada 12 Jun selepas berjumpa dgn doktor, lebih kurang jam 3 ptg aq dan adeq aq bersiap utk ke Penang. Kami ke stesen bas kulim dgn bantuan Kak Niza housemate aq. Setibanya di stesen aq dpat panggilan dr ibu. Saat ni laa kami keliru sama ada nak truskan perjalanan ke penang atau bersiar2 di kulim shaja. puncanya tarikh pulang ke KL ditunda krn aq msih ade appoinment keesokan harinya. Lastly keputusan yang diambil ketika itu ialah mneruskan rancangan ke penang dgn menaiki jadam ke butterworth.

 Setibanya di jetty kami dijemput dengan menaiki Waja milik Abg Ayen. Our first destination is pantai IJM. Menurut abg ayen pantai tu kotor sikit. then kami pusing kt Queensbay. Kemudian kami singgah di Pantai yg bersih plak iaitu pantai Bayan Mutiara berhampiran Queensbay. slpas puas bergambar kami ditinggalkan di 1st avenue at Komtar sbb abg ade keje len. aq xsdar bape jam kami ditinggalkan disitu. lebih kurang jam 9.30 mlm abg dtg amek kami n mkan kt Gurney. adeq teringin nk pasembur. aq mnx abg ayen suggest tmpt yg xmhal sbb duit xdak..huhuhu....lpas mkn abg anta kami blik shoot trus ke kulim lpas nek ferry...

wahhh...pnatnyer...kcian kt abg ayen coz t'pksa jd driver tuk kami sepanjang ari tu. pngalaman yg amat menyeronokkan tuk aq n adeq aq bersama abg ayen.

 Second day, aq just bwak adeq aq pusing Kulim lpas aq jmpe pakar mata... aq sndiri xtau ape penyakit aq... hahaha.. kjap dirujuk ke pakar jantung, pakar mata, pakar ini, pakar itu... segala pakar laa... ish berat betul kes aq ni... Kulim, aq cme bwak adeq aq ke Landmark Kulim n Tesco. shopping sakan wlupon xberduet...hahaha...blik awai sbb nk berkemas tuk pulang ke KL keesokan harinya... Jom tgk pic plak...heeee
                                                       dalam van MAS otw ke KLIA

                                  Tasik Kulim sementara menunggu bas Jadam tuk ke Butterworth

                                                               view from pantai IJM

view from pantai Bayan Mutiara

time 4 dinner at Gurney

second day xde pic so truskan dgn perjalanan balik... hee

menanti kehadiran abg ayen tuk ke airport Bayan Lepas posing bersama office bus rapid Penang

in flight

welcome home...
ini la van milik MAS yg digunakan untuk mengambil kapten, pramugara dan paramugari (cabin crew) tuk ke KLIA airport. Bertuah nyer kami kerana dpat merasa nek flight. klu x kerana ayah bekerja dbawah MAS kami sekeluarga xkan dpat merasa tuk nek pesawat MAS. Sekian...