Saturday, July 2

kekecewaan dalam bersahabat

As-salam...
 hari ini hati aku begitu terusik dengan apa yang berlaku sehingga aku menjadi lemah dan teramat lemah. Aku terpaksa menarik diri dalam satu program yang sedang aku jalani. aku sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa ianya terjadi. sudah begitu suratan yang tertulis membuatkan aku pasrah dan redha atas segala ketentuan-NYA. aku sendiri takut untuk mengambil keputusan ini kerana aku pernah tersalah tingkah membuatkan aku begitu berhati2 kali ini.
Ya, baru sekarang aku sedar apa itu erti SAHABAT. mungkin benar apa yang ibu aku sering katakan. aku ditakdirkan untuk hidup sendirian dan hanya bersahabat dengan kedua orang tuaku. apa punca aku berkata demikian?
 Puncanya ialah apabila seorang kawan yang aku sayangi menolak aku ketepi. puas aku memikirkan apa salah aku. aku mengimbau kembali dari saat hari pertama aku jumpa dia untuk yang terakhir kali sebelum dia menarik muka. puas aku fikirkan nya. puas aku mencari di mana salahku.aku perasan akan perubahan itu namun tak aku endahkan kerana xingin berprasangka buruk. bagaimana tingginya suara yang lembut itu. bagaimana perubahan nada suaranya. bagaimana herdikannya tatkala dia bersama yang lain. tersentap jiwa ini. dimana peribadinya saat mula aku mengenalinya? hilang begitu sahaja tanpa aku tahu puncanya. malam itu jelas terbukti bahawa aku bukanlah sahabatnya, aku bukanlah temannya. aku tak ubah seperti boneka. ya, itulah aku semenjak aku kecil lagi. sering dibuli, sering dipermainkan. mujur ada ibu yang setia di sisi aku yang xpernah mengalah dalam menasihati aku.
begitu susah untuk dapat kn seseorang sebagai sahabat sejati.
Anugerah paling istimewa
apabila kita memiliki sahabat
satu jiwa yang boleh dipercayai sepenuhnya
yang tahu buruk dan baiknya kita
dan
mencintai kita lebih dari segala keburukan kita
ramainya yang aku kenali tak bisa menerima aku. ramainya antara mereka ialah menerima aku, mengambil kesempatan dan terus membuang aku. apa aku tak punya perasaan? seteruk apakah aku? sehina manakah diriku? aku dapat melihat keikhlasan, ketulusan hatinya dalam berkawan dimatanya. sinar matanya menggambarkan segala2nya. mata itu berkata aku ingin bersamamu sahabat. mata itu berkata jd lah temanku hingga ke akhir hayat kita. mata itu berkata aku xingin berpisah darimu wahai teman. mata itu berkata terimalah aku seadanya. mata itu berkata mari kita bersama2 meneruskan perjuangan ini. mata itu berkata engkau adalah sahabatku wahai temanku. disaat itu mata itu menatap mata  yang lain tapi sayangnya mata yang lain itu bukan milikku. kecewanya aku. tersentap hati ini bila melihat keadaan itu. tidak dihiraukan aku ketika itu. aku tak ubah seperti hiasan di dinding yang sering memerhatikan gelagat manusia dihadapannya. gembiranya aku bila memikirkan, bila membayangkan aku adalah orang seterusnya mnjadi tatapan mata itu yang penuh dengan keikhlasan. namun, apa yang aku bayangkan hanya tinggal bayang2 berterbangan. dia terus menoleh tanpa mempedulikan hiasan di dinding tepinya. sudah acap kali aku terasa dengan perbuatannya tp tidak aku hiraukan kerana aku menyayanginya. aku teruskan jua persahabatan yang tidak bermakna ini. 
buat teman yang lain. tidak mengapa, aku masih menyayangi kalian.
tidak aku kecewa kerana dipinggirkan.
tidak aku bersedih kerana di sakiti.
biarkan aku menangis di ketika ini kerana aku tidak rela untuk mengemis dari kalian. aku tak ingin menjadi seperti pepatah kita, hidung xmancung pipi tersorong2. yang aku harapkan hanyalah teman sejati yang ikhlas. dan aku akan terus berharap agar aku temui jua sahabat sejati yang betul2 ikhlas menerimaku, menerima kelemahanku, menerima kekuranganku, dan bersabar melayani karenah dan telatahku.
Ya Allah, kuatkan semangat aku. kembalikan diriku yang sebenar. yang dulunya tak pernah kenal erti putus asa. yang dulunya sentiasa bersemangat mengejar apa yang dihajati. sering aku jatuh namun Engkau tak jemu mengingatkanku. Satu persatu Kau dedahkan padaku. Terima kasih Ya Rabb. Aku yakin dengan kemanisan yang bakal tiba untukku kerana itulah janji-Mu buat setiap umat dalam ujian-Mu.

2 comments:

  1. lillahhi taala..
    tidak pernah ada sekelumit niat dihati ini untuk membuang seorang insan yang bergelar sahabat dalam kehidupanku..
    tapi hanya yang ingin aku ingatkan aku hanya sekadar manusia biasa..insan ynag sangat kemah dan sentiasa tersilap dalam membuat perhitungan dalam hidup yang hanya dipinjamkan sementara untukku ini..
    andai apa yang pernah aku lakukan selama ini telah pun mengusik sekeping ati milik ko..
    maafkan aku..
    kerna aq sanagt menyesali perbuatan itu tanpa ko sedari...
    maafkan daku wahai teman..

    ReplyDelete
  2. Maaf kan aku juga krn terlalu mengikut perasaan. Mungkin aku yg msih blum memahami dirimu 100%... Semoga hubungan yang terjalin antara kita diberkati Allah dan kekal hingga akhir hayat... Terima ksih sbb sudi berada di sisi aku dan sentiasa menemani aku.

    ReplyDelete