Tuesday, January 17

LATIHAN INDUSTRI

Assalamualaikum.

Sejak mula praktikal aku da jarang nk online. hehe... bukan apa penat bila da blik. Aku memulakan praktikal di PRE****E PLA****M di ........ tak boleh la nk dinyatakan kerana aku da pon kluar dri syarikat tersebut. Tak sanggup rasanya nak bersubahat dgn syarikat tersebut untuk menipu orang ramai. KENAPA aku kata syarikat tu menipu..??? hurmm... takut sebenarnya nk jelaskan tp aku lebih takut klu lebih ramai orang yang akan tertipu. Banyak kali aku terfikir wajar kah aku memberitahu cerita ini di laman sebegini. Hope sedikit sebanyak aku dapat membantu dan berharap orang yg membacanya faham apa yang cuba aku sampaikan. Hari pertama aku dibekalkan dengan senarai NAMA pelanggan bersama NOMBOR IC,  ALAMAT dan NO FON  mereka. Aku perlu mmbuat panggilan berdasarkan list tersebut. List tersebut merupakan nama pelanggan yang ACTIVE menggunakan kad kredit VISA dan MASTER. Selain itu aku turut dibekalkan dengan teks ucapan atau teks perbualan. aku perlu bercakap dengan pelanggan berdasarkan teks tersebut. Secara rumusnya aku perlu menjual satu kad servis tanpa sebarang caj tahunan atau bulanan ttp mmpunyai processing fee RM***.** ... Sebenarnya pelanggan tersebut perlu renew kad yang dikatakan untuk seumur hidup itu dengan harga yang sama iaitu RM***.** untuk stiap tahun... Bagaimana pelanggan tersebut boleh di caj? Aku hanya perlu mendapatkan MEMBERSHIP number 16 digit kad kredit mereka bersama CVC number iaitu 3 number di belakang kad. CVC number merupakan number yang terpenting dan setiap pemegang kad kredit tidak seharusnya mendedahkan number tersebut. Cara nya? Tak perlu aku nyatakan kerana aku turut memikirkan effect yang akan terjadi pada aku sekiranya aku bercerita secara terperinci... Syarikat ini sering bersaing untuk merebut pelanggan. Itu sahaja penipuan yang berlaku. Aku turut mendapt pandangan dari salah seorang abang angkat ku. Beliau menyatakan bahawa setiap perniagaan yang halal perlu jelas dengan akad nya. Dalam kes aku akad tidak dinyatakan secara jelas jadi hukumnya HARAM... Bagaimana aku perlu dan sanggup untuk meneruskan praktikal di syarikat tersebut? Aku tak sanggup walau seminit untuk terus berada di dalam syarikat tersebut. Aku mengambil tempoh seminggu untuk memahami pekerjaan yang sedang aku lakukan setelah seorang customer aku memaki aku dan menyatakan aku seorang penipu. Dari situ aku cuba mengorek rahsia syarikat tersebut. Pelbagai cara dan ungkapan manis yang mereka lakukan untuk menarik pelanggan agar tertarik dengan servis yang di sediakan. Aku turut mendapat maklumat terdapat sebuah syarikat yang turut menjalankan operasi yang sama tetapi servis yang disediakan tidak wujud langsung.
Aku meletakkan diriku aku pada kedua-dua keadaan. Pekerja dan pelanggan. Orang seperti aku yang mula bekerja akan merasa tertekan tetapi jika lebih lama di syarikat tersebut dan mendapat ramai pelanggan aku akan lupa diri kerana pendapatan amat lumayan. Oleh kerana itu aku tidak menunggu lama untuk bertindak. Aku tidak mahu terus terpesong hanya kerana duit. Orang yang masih bekerja di situ? Biarlah mereka. Itu periuk nasi mereka dan mereka bukan lah anak2 kecil yang perlu di perintah. 
Jika aku di tempat pelanggan. Ya aku akan marah sebab aku perlu berhutang dengan bank hanya kerana servis yang mungkin tidak akan aku gunakan. Tambahan pula jika aku memegang kad kredit hanya untuk tujuan emergency kes. Kalau aku sememangnya kaya tidak mengapalah... Tidak kah mereka merasa kasihan pada aku yang sanggup berhutang untuk kegunaan lain tapi ada yang mengambil kesempatan... hurmm... aku sgt kasihan pada orang yang susah... yang memegang kad kredit atas tujuan dalam keadaan kesusahan seperti membeli brg dapur atau anak nak sekolah sementara gaji belum keluar. Atau pun kemalangan yang memerlukan belanja yang besar. Tiba-tiba ditipu pula untuk menanggung beban hutang yang mengarut. MENGARUT sebab da tentu family tersebut tak pergi bercuti ke LUAR Negara.
Nekad!!! Aku kembali ke poli berurusan dengan pihak sana untuk menukar tempat latihan industri. Pada mulanya ia kelihatan sukar tetapi Alhamdulillah, pegawai unit latihan industri membantu aku bersama kawanku untuk berpindah tetapi aku yang perlu mnyatakan atas alasan apa aku ingin berpindah kepada syarikat tersebut.
Sekembali nya aku ke Kuala Lumpur, aku tidak membuang masa. Terus aku menyerahkan surat tersebut pada HR syrikat minta sign pada waktu tu juga. HEHEHE.... selepas beliau sign aku terus mengangkat kaki pergi berlalu ke tempat LI baru. Kini aku praktikal di Besraya Highway. % hari da aku di sana. Alhamdulillah, aku amat menyukai dan menyenanginya. Syukur pada-MU Ya Rabb... Pengalaman yang telah KAU aturkan pada diriku amat bermakna. Walaupun jauh tp aku sanggup kerana aku gembira dengan apa yang aku lakukan. Semoga aku berada di dalam lindungan-NYA selalu. Amin...

PENGAJARAN 
  • Kepada pemegang kad kredit di luar sana berhati-hati la jika menerima sebarang panggilan. 
  • Pastikan mereka benar-benar dari pihak centre.
  • Hubungi pihak bank untuk kepastian.
  • Jangan sembarangan memberikan maklumat diri kepada orang luar.
  • Sekiranya baru menyedari tentang perihal ini, tutup lah account kad kredit tersebut agar tidak digunakan oleh orang luar sewenang-wenangnya.
  • Buat la laporan pada yang berkenaan.
  • Nombor 16 digit atas kad kredit bersama CVC number di belakang kad 3 digit terakhir amat penting!!! Simpan la sebaik mungkin agar tidak jatuh atas tangan orang yang salah.
Sekian...

2 comments:

  1. untungla ada pesanan hikmat masyarakat...hahaha
    bagusla...
    jadi gembira dengan kejayaan kita dengan melihat penderitaan orang lain...
    tahniah!!!

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    what ur means with jadi gmbira dgn kjayaan kita dgn mlihat pnderitaan org lain? kpd siapakah msj itu ditujukan ye>?? huhuh

    ReplyDelete